Follow us on:

MHI TV3 - My Syg

INSTRUMEN PEMANTAUAN BILIK SUMBER / LALUAN PPDa (Siri 1)

Menurut En Mohd Ghazali B Hj Anuar, GPK Pentadbiran SK Desa Amanpuri merangkap Jurulatih Utama PPDa Selangor yang juga pernah memberi ceramah di Pejabat Pendidikan Putra Jaya (Wilayah Persekutuan) memberitahu bahawa banyak sekolah yang ingin menyertai pertandingan Bilik Sumber PPDa atau Laluan PPDa, berasa kecewa apabila didatangi pemantau , persediaan yang disediakan untuk dipantau amat menecewakan. Kegagalan ini adalah disebabkan kurangnya pendedahan dan maklumat untuk menterjemah intrumen pemantauan itu sendiri serta sejauh manakah persediaan fizikal dan pengurusan fail memainkan peranan dalam pemarkahan. 

Cara penyusunan Fail Induk dan penyediaan bukti sebagai eviden amat berkait rapat. Oleh itu penataran instrumen amat memainkan peranan , kerana di situlah aviden yang perlu disediakan mengikut kehendak hakim. Bermula pada tahun 2011 hingga 2013, pelbagai soalan yang berlainan yang diajukan oleh hakim telah dicatat dan dalam siri akan datang , akan dinyatakan secara detail cara menyediakan fail, folder serta soalan yang pernah dikemukakan oleh para hakim. Ikuti siri seterusnya.

JURULATIH UTAMA PPDa SELANGOR

En Mohd Ghazali B Hj Anuar, GPK Pentadbiran SK Desa Amanpuri yang merupakan master mind dalam pembinaan Bilik Sumber PPDa mempunyai jadual yang amat ketat untuk sesi penerangan dan penghakiman bilik sumber serta laluan. Ilmu yang ada padanya sentiasa sedia dikongsi bersama. Kepada yang berminat untuk berkongsi idea dan pengalaman dengan dua kali membawa pasukan sekolah yang berasingan untuk bertanding ke peringkat kebangsaan sila email kepada ghazali7239@btpnsel.edu.my atau mesej ke 0176898958.

LAWATAN PENANDA ARASAN OLEH PPD KLANG KE SK DESA AMANPURI

Walaupun belum dinobatkan sebagai juara peringkat kebangsaan, tetapi sudah ada sekolah sekolah ataupun daerah yang berminat untuk membuat lawatan penanda arasan untuk mempelajari bagaimana Bilik Sumber dan Laluan PPDa ditubuhkan dan penyediaan dokumentasi yang perlu disediakan. Pada 13 September 2013 (Jumaat), seramai 13 orang guru dari Daerah Klang yang merupakan wakil daerah Klang dalam pertandingan Bilik Sumber dan Laluan PPDa sekolah rendah dan menengah telah datang ke SK Desa Amanpuri untuk membuat lawatan ke bilik sumber PPDa SK Desa Amanpuri. Semoga Ilmu yang diberikan memberi manfaat.








PENGHAKIMAN BILIK SUMBER PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 3 September 2013, SK Desa Amanpuri telah mencatat sejarahnya sendiri apabila 6 orang hakim dari 6 buah negeri untuk menjalankan penghakiman Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan. Enam orang hakim yang datang adalah Ketua Unit PPDa dari Negeri Sabah, Kelantan, Kedah, Melaka, Johor, dan Terengganu. Majlis penghakiman berlangsung selama 5 jam dan pada akhir rumusan oleh ketua hakim bahawa beliau amat terkejut apabila sampai ke sekolah yang baru dua tahun membuat PPDa tetapi pengurusan fail serta persediaannya amat hebat seekali. Semoga SKDA menjadi johan pada tahun ini.





Kajian Tindakan Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)


KECEMERLANGAN BILIK SUMBER PPDa SKDA

Bilik Sumber PPDa telah mempromosi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan . Di antara promosi yang terbaru adalah Pengisian Bulan Kemerdekaan dengan mengadakan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Gombak. Karnival itu telah berjaya mengumpulkan seramai 950 orang pelajar dan lebih 100 orang guru yang terlibat dalam pengurusan dan jawatankuasa serta menjadi guru pengiring kepada pelajar pelajar . Karnival yang dijalankan selama dua hari iaitu 21-22 Ogos 2013, telah mendapat liputan yang amat luas dimana pihak TV3 telah turut membuat rakaman dan disiarkan di dalam Malaysia Hari Ini (MHI) pada 23/08/2013 jam 7.25 pagi. Dengan penyiaran tersebut, secara tidak langsung, penyebaran maklumat berkaitan Bilik Sumber PPDa serta pengisiannya telah diketahui umum dan telah mendapat respons yang amat baik. Tahniah kepada SK Desa Amanpuri.

Kajian tindakan Bilik PPDA



Klik gambar tersebut untuk proses muat turun. Ianya boleh melalui format pdf. pastikan laptop / komputer anda mepunyai pdf reader. Muat turun di sini jika belum ada lagi.

PPDa PASTIKAN NEGARA BEBAS DADAH

Sekali lagi PPDa SK Desa Amanpuri telah tersebar luas ke seluruh negara apabila berita berkaitan penubuhan Bilik Sumber PPDa yang Kondusif, Berinformasi terpampang di dada akhbar pada 12.08.2013. Pelbagai aktivti serta berbagai persediaan telah dibuat untuk melengkapkan Bilik Sumber PPDa yang amat cemerlang di Selangor ini yang menjadi pemangkin kepada kecemerlangan untuk merialisasikan visi Sekolah Bebas Dadah dan membangunkan murid tanpa dadah melalui 4 aspek  iaitu, pengurusan kepimpinan, pengurusan sahsiah, kurikulum dan kokurikulum yang digabungkan dan memberi impak ke seluruh kawasan sekolah. Begitu meriah dan amat berinformasi sekali. Tahniah kepada semua pihak, pengurusan sekolah, guru-guru, staff sokongan, PIBG serta murid murid yang benar benar faham dan tahun akan kewujudan Bilik Sumber PPDa yang terunggul di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

Soal Selidik Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap keberkesanan Sahabat PPDa Pertonas Di Sk Desa Amanpuri

Seramai 10 orang guru yang terdiri daripada Jurulatih Utama Sahabat PPDa Petronas yang diketuai oleh Tn Hj Mohd Ghazali b hj Anuar bersama 5 orang prlajar Skuad Sahabat PPDa Petronas telah menjawab soal selidik secara atas talian berkaitan keberkesanan program di srkolah. Program ini telah aktif dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti seperti explorace, lawatan dan ceramah berkaitan penentangan terhadap D.A.R.I.H (Dadah,alkohol,rokok,inhalan dan hiv/aids)

Utusan: 2 Ogos 2013,PPDa Sk Desa Amanpuri

Jabatan Palajaran Negeri Selangor telah membuat Pra Penghakiman  ke atas PPDa sekolah agar mencapai dtandard kebangsaan. Setelah semakan, walaupun masih dalam persiapan , markah yang diperolehi ialah 81.65% iaitu markah yang tertinggi daripada wakil yang lain. 

Explorace PPDa 2013

Pada hari Rabu, 10 Julai yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti explorace PPDa. Murid yang terlibat adalah murid tahap 2.Mereka telah dibahagikan kepada 11 kumpulan dan setiap kumpulan mesti melakukan aktiviti di setiap stesen PPDa. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi diumum sebagai pemenang. 

Tujuan aktiviti ini adalah mendedahkan murid kepada stesen PPDa dan meningkatkan ilmu mengenai pendedahan dadah. Ia juga membantu murid menjadi lebih kreatif dan berinovasi di samping meningkatkan semnagat kerja berpasukan. Antara aktiviti yang dilakukan adalah soalan kuiz, nyanyian dan aktiviti berkumpulan. 

Berikut adalah gambar-gambar murid sedang melayari blog PPDa sekolah sambil menjawab kuiz yang disediakan. 



KARNIVAL PPDa 2013

Sekolah Sk Desa Amanpuri dengan kerjasama Unit PPDa Pejabat Pelajaran Daerah Gombak akan menganjurkan Kernival PPDa pada 26-27 JUN 2013. Sebanyak 100 buah sekolah akan turut serta dalam menjayakan kernival tersebut. Acara yang bakal dipertandingkan ialah seperti Dikir Barat, Boria, Nasyid Kontemperori, Bercerita, Sajak, Melukis Poster dan Melukis Banner,Video Koperat, Video Clip akan menjadi tumpuan dalam Karnival Kali ini. Karnival ini akan menelan belanja hampir RM9000.00 ringgit. Semoga dengan penganjuran ini, SK Desa amanpuri akan mempunyai program yang lengkap untuk melayakkan SK Desa Amanpuri bertanding dalam Pengurusan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan.

Kem Gaya Hidup Sihat 'Jom Membaca" Peringkat Negeri Selangor

Koodinator Program Kem Gaya Hidup Sihat "Jom Membaca" Negeri Selangor, En Mohd Ghazali Hj Anuar telah merancang pelbagai program dalam pengisian untuk murid-murid dan guru-guru yang terlibat sebagai fasilitator.

Persediaan Pembentangan Taklimat Pengurusan Fail PPDa oleh En Mohd Ghazali B Hj Auar, Jurulatih Utama PPDa Selangor dan Kebangsaan.

Kursus Sahabat PPDa Pertonas Negeri Selangor

Seramai 30 orang Guru Negeri Selangor telah diberi kursus untuk menjadi fasilitator Sahabat PPDa Petronas. Dua orang guru daripada SK Desa Amanpuri telah terpilih manakala 5 orang pelajar juga turut terpilih sebagai fasilitator Negeri Selangor tahun 2013. Dengan adanya kursus sebegini maka persediaan Sekolah SK Desa Amanpuri ke Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan.

Kesan Halo PPDa SK Desa Amanpuri



















SK Desa Amanpuri telah dinobatkan sebagai sebagai Johan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor tahun 2012. Sekolah SKDA akan mewakili Negeri Selangor dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2013. Bilik Sumber yang ditubuhkan pada Mac 2012 telah mengasilkan sebuah bilik yang penuh berinformasi . Tahniah buat Guru Besar dan warga kerja SKDA.